Assalamualaikum w.b.t
Lantaran dihidangkan dengan keasyikan menonton World Cup yang semakin lama semakin rancak, ramai diantara kita yang tidak sedar akan isu tentang saudara kita di Gaza. Boleh dikatakan setiap hari rakyat Palestin di Gaza dihujani dengan peluru-peluru sehingga menyebabkan di antara mereka meninggal, mengalami kecederaan yang parah dan sudah semestinya kehilangan tempat tinggal. Macam-macam juga keluar status/post dekat Facebook mahupun Twitter. Ada yang tanya macam mana nak pergi Gaza, macam mana nak selamatkan rakyat-rakyat Palestin yang teraniaya di Gaza dan etc. Prihatin juga rakyat Malaysia ni.
Sudah semestinya ramai di antara kita yang sedih, berdukacita dan nak sangat tolong rakyat Palestin di Gaza. Jika tak boleh ke sana sekalipun untuk sama-sama berjuang dengan mereka, cukuplah dengan iringan doa bagi keselamatan mereka. Tambahan, sekarang kita berada dalam bulan Ramadhan, InsyaAllah Allah makbulkan doa-doa kita. Kita juga tahu bahawa doa adalah senjata orang muslim.
"Allahummansur Ikhwaanina al Muslimiin, Wal Mujaahidiin Fi Falistiin, wa fi Ghaza, Wa fi Misr, wa fi Suriiya, wa fi Kulli Makaan, wa kulliz zamaan.."
"Ya Allah, bantulah saudara2 kami yang beragama Islam dan para pejuang di Palestin, di Ghaza, d Mesir, dan di Syria, dan di seluruh tempat dan masa.."
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya macam mana nak salurkan bantuan/dana/sumbangan kepada mangsa-mangsa peperangan di Gaza. Banyak cara yang boleh kita salurkan derma. Sama ada melalui SMS, Bank Transfer / derma pada tabung Save Gaza.
- (Aman Palestin Berhad)
Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
- Menderma melalui SMS
Taip PALESTIN <jarak> RM10
(Nilai RM10/5/3/1)
Contoh: PALESTIN RM10 Hantar ke 39111
- @IRMalaysia
BIMB: 12029010065643,
MBB: 562142708704,
CIMB: 12590000804058
Mungkin di dunia, kita tidak nampak kelebihan derma itu. Namun ingatlah walau sekecil zarah sekalipun sumbangan anda untuk meringankan beban mereka, ia tetap dikira dan dibalas oleh Allah s.w.t. Jika tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat sana.
[credit: fanpage Heliza Helmi]

No comments:
Post a Comment